Tiada Buku Perubatan Yang Mengatakan Tidak Boleh Makan Durian Setelah Divaksin

Baru-baru ini timbul khabar angin yang mendakwa seorang lelaki meninggal dunia kerana memakan durian setelah disuntik vaksin COVID-19.

tiada buku perubatan yang mengatakan tidak boleh makan durian setelah divaksin

Bagaimanapun, berdasarkan hasil bedah siasat terhadap lelaki berkenaan, punca sebenar kematian lelaki berusia 49 tahun itu diketahui adalah disebabkan serangan jantung.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengatakan perbuatan menyebarkan khabar yang tidak benar itu sememangnya merupakan sesuatu perkara yang tidak bertanggungjawab dan mampu menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai.

“Tidak termaktub dalam buku perubatan tidak boleh makan durian selepas cucuk (vaksin), itu tidak betul.

“Tapi yang betulnya adalah tak boleh makan benda yang terlalu manis dengan banyak. Itu akan merosakkan kesihatan kita. Jadi yang tular itu tidak benar,” jelasnya.

 

Sumber: [1]