Setakat ini, tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam di dunia yang menyatakan bahawa mereka yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 mampu membina imuniti daripadanya.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bahawa pendekatan tersebut belum dibuktikan kesahihannya menerusi mana-mana kajian saintifik dan meminta orang ramai supaya tidak dijangkiti varian terbabit secara sengaja.
“Tidak kira varian apa. Omicron ke, Delta, Alpha dan Beta, jangan sengaja nak dapat COVID-19 sebab yang pertama kita tidak tahu kesan wabak itu kepada mereka yang mendapat (COVID-19) sama ada mereka divaksinasi atau tidak.
“Yang kedua kita tidak tahu long COVID-19. Hari ini mungkin kita kata Omicron ini lebih mild berbanding Delta, jadi kenapa kita semua dijangkiti dengan Omicron supaya kita dapat imuniti kelompok dan sebagainya.
“Itu tidak terbukti lagi. Kita tahu Omicron milder tetapi ia tidak bermakna yang anda perlu dijangkitinya,” katanya.
Sumber: [1]