Tiada Bukti Darah Beku Lepas Terima Vaksin COVID-19 AstraZeneca

Baru-baru ini, Norway telah mencatatkan tiga lagi kes pembekuan darah atau pendarahan otak yang melibatkan golongan muda yang dikatakan terjadi selepas mereka disuntik dengan vaksin AstraZeneca.

tiada bukti darah beku lepas terima vaksin covid-19 astrazeneca
 
Perkara itu disahkan oleh Agensi Perubatan Norway, dan insiden sama turut berlaku di beberapa negara Eropah sebelum ini.

tiada bukti darah beku lepas terima vaksin covid-19 astrazeneca
 
Bagaimanapun syarikat farmaseutikal AstraZeneca dalam satu kenyataan menyebut data keselamatan individu yang menerima vaksin COVID-19 buatannya tidak menunjukkan sebarang bukti ke arah peningkatan risiko pembekuan darah seperti yang didakwa.


Kajian yang merangkumi lebih 17 juta penerima vaksin berkenaan di United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU) dijalankan selepas pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara menangguhkan sementara penggunaan vaksin AstraZeneca yang dikaitkan dengan masalah pembekuan darah.


Antara negara yang menangguh penggunaan vaksin itu setakat ini termasuk Ireland, Denmark, Norway dan Iceland, manakala Asutria menghentikan terus penggunaan AstraZeneca pada minggu lalu.


Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menyatakan, tiada petunjuk bahawa masalah pembekuan darah itu terjadi disebabkan vaksin AstraZeneca, dan ia disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Vaksin AstraZeneca yang dibangunkan dengan kerjasama University Oxford telah diluluskan untuk digunakan di EU dan kebanyakan negara.


Pun begitu, ia belum mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

 
Sumber: Astro Awani
 
 
 

ARTIKEL BERKAITAN