Pesaing kepada aplikasi Twitter keluaran Meta iaitu Threads, dijangka akan dilancarkan pada 6 Julai 2023, demikian menurut tangkap layar menerusi gedung aplikasi App Store.
Melihat kepada logo dan simbol yang digunakan, ia adalah sama dengan aplikasi yang terbongkar secara tiba-tiba menerusi Google Play Store, baru-baru ini.
Baca: Pesaing Twitter, Thread Kini Terbongkar Secara Tak Sengaja di Google Play Store
Pelancaran itu mungkin akan dibuat secara berperingkat, bermula dengan pengguna iPhone terlebih dahulu pada tarikh berkenaan.
Mempunyai fungsi yang sama dengan aplikasi Twitter, Threads bakal menjadi medium peranti baharu untuk komunikasi berasaskan teks, gambar dan video.
Terdahulu, Thread adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Meta sejak Januari lalu, dibawah nama ‘Project 92’. Ia juga disebut sebagai aplikasi 'Barcelona'.
Sumber: The Verge