The Rock Dan Keluarga Disahkan Positif COVID-19

the rock dan keluarga disahkan positif covid-19

The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson telah didapati positif COVID-19. Bukan beliau sahaja yang kena tapi ahli keluarganya juga turut didapati positif akan virus tersebut.

Perkara ini dilaporkan sendiri oleh The Rock melalui posting pada laman akaun Instagramnya. The Rock juga menulis dan meminta agar seluruh manusia di dunia terus berdisiplin, tingkatkan sistem imunisasi, pakai pelitup muka dan lindungi keluarga.

 

Buat masa ini beliau dan seluruh ahli keluarga pelakon yang terkenal dengan filem aksi itu sedang berkuarantin di dalam rumah mereka.

Sumber: Comic Book