Flora, Fauna & Makanan Jadi Inspirasi ‘The Masked Singer Malaysia’ Musim Baharu

Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang berjaya mencetuskan fenomena untuk tiga musim berturut-turut kini kembali dengan menampilkan kepelbagaian kostum dan daya tarikan yang menakjubkan! “The Masked Singer Malaysia” musim keempat

Tampil lebih gah dan bergaya, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.

flora, fauna & makanan jadi inspirasi  ‘the masked singer malaysia’ musim baharu

Astro terus ke hadapan dengan menaiktaraf kostum-kostum untuk diperlihatkan kepada peminat dengan menyelitkan elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia termasuk flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan, hasil rekaan Puan Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada pereka terkenal tempatan Syomirizwa Gupta.

Seramai 15 orang selebriti dan personaliti tempatan dengan gabungan duo akan memperagakan 14 kostum unik pada musim ini yang merangkumi Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan buat julung kalinya, kami memperkenalkan pasangan duo Cili Padi

flora, fauna & makanan jadi inspirasi  ‘the masked singer malaysia’ musim baharu

‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi. 

Buat pertama kalinya, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ ini bakal bersiaran SECARA LANGSUNG dengan durasi selama dua jam hingga tiga jam bagi setiap episode.

Para pelanggan Astro boleh menyaksikan musim baharu ‘The Masked Singer Malaysia’ pada setiap Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD) dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

 

@syoksyoksyok The Masked Singer Malaysia kini kembali dengan dengan musim baharu dengan kutom yang unik dan cantik! Tak sabarnya 👏🏻👏🏻 #SYOK #syokcover #themaskedsingermalaysia #musimbaharu #fyp #fypシ ♬ The Luxury Event - MYproject