Thailand Tukarkan Lokasi Konsert Fenomena Jadi Hospital Lapangan Demi Tampung Kes COVID-19

Sejak beberapa minggu lalu, Thailand turut melaporkan peningkatan berkenaan kes COVID-19 di negara tersebut.

thailand tukarkan lokasi konsert fenomena jadi hospital lapangan demi tampung kes covid-19

Berikutan itu, pihak berkuasa di negara tersebut telah mengambil langkah drastik iaitu dengan mewujudkan hospital lapangan baru di pusat konvensyen terbesar di negara itu, IMPACT Muang Thong Thani, susulan daripada cadangan yang diutarakan Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul yang dipersetujui Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA).

Menurut laporan media tempatan, hospital lapangan terbabit menawarkan pengangkutan percuma kepada pesakit COVID-19 selain bakal menempatkan pesakit yang menunjukkan gejala COVID-19 ringan misalnya mereka yang berada kategori ‘kuning’.

Kemudahan tersebut juga dijangka akan menampung sekurang-kurangnya 5,200 tempat tidur.

Awal April lalu, pemerintah Thailand mendirikan rumah sakit di seluruh negara tersebut sebagai tindak balas terhadap peningkatan jumlah kes COVID-19. Kemudahan perubatan itu bertujuan untuk mencegah kesesakan di hospital Thailand dan memastikan bahawa terdapat pusat rawatan yang mampu menampung kesemua pesakit COVID-19 di negara itu.

thailand tukarkan lokasi konsert fenomena jadi hospital lapangan demi tampung kes covid-19

Dengan penukaran pusat konvensyen terbesar di negara tersebut sebagai hospital lapangan, secara tidak langsung membawa maksud bahawa jumlah kes akan terus meningkat, lagi-lagi setelah tercetusnya kluster yang terjadi di kejiranan Klong Toei di Bangkok, yang terbukti merupakan salah satu kluster yang paling teruk pernah dialami Thailand.

Berdasarkan laporan media tempatan lagi, difahamkan bahawa rancangan awalnya adalah menggunakan Stadium Kodang di Khlong Toey, namun persiapan untuk tempat tersebut mengambil masa lebih lama berbanding dengan menggunakan IMPACT.

Dahulunya, pusat konvensyen yang sama itu pernah menjadi saksi beberapa nama terbesar dalam dunia muzik membuat persembahan konsert secara langsung, antaranya termasuklah legenda Michael Jackson, Madonna, BLACKPINK, Coldplay, dan BTS.

Sering dilihat sebagai ‘kota’ tersendiri, IMPACT juga memiliki ruang pameran serta hotel dan kompleks beli-belah yang luas.

Ia juga bermaksud bahawa tempat tersebut mampu menampung ruang untuk lebih ramai pesakit COVID-19 sebagai kawasan kuarantina dan wad sementara untuk mereka yang berpotensi menjadi pembawa virus tersebut.

 

Sumber: [1]