Thailand Tangguh Program Bebas Kuarantin, Pelancong Kini Dikehendaki Kuarantin Sebaik Sampai

Bagi mengekang penularan varian Omicron, Thailand mengampil keputusan untuk menangguhkan sementara program kemasukan bebas kuarantin, “Test Go”.

thailand tangguh program bebas kuarantin, pelancong kini dikehendaki kuarantin sebaik sampai

Susulan itu, semua ketibaan baru yang memohon selepas 22 Disember dikehendaki menjalani kuarantin wajib di hotel.

Menurut jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan permohonan pas untuk program “Test Go”  dan “Sandbox” (kecuali Phuket Sandbox) digantung sementara bermula tengah malam tadi sehingga kelak.

“Sehingga kini, terdapat kira-kira 200,000 pelawat mendaftar untuk program “Test Go” dan “Sandbox” termasuk 110,000 yang sudah diluluskan untuk kemasukan tanpa kuarantin manakala 90,000 lagi masih menunggu kelulusan.

“Mereka akan dibenarkan masuk (Thailand). Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi langkah tambahan termasuk menjalani ujian RT-PCR kedua di kemudahan ditetapkan.

“Langkah-langkah ini adalah sementara...ini bukan untuk menyekat pelancong,” katanya.

Ketika ini, Thailand telah melaporkan sekurang-kurangnya 63 kes varian Omicron yang disahkan sementara 20 lagi kes kemungkinan.

Bawah program “Test Go”, sebanyak 227 kes COVID-19 telah dikesan pada Disember berbanding 83 kes pada bulan lalu.

 

Sumber: [1]