Thailand Berjaya Hasil Semburan Hidung Cegah COVID-19

Dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19, negara jiran, Thailand kini sedang giat membangunkan semburan hidung antivirus yang boleh mengawal jangkitan COVID-19.

thailand berjaya hasil semburan hidung cegah covid-19

Semburan melalui hidung itu bertindak dengan meneutralkan virus COVID-19 apabila ia memasuki hidung.

.

Dihasilkan melalui kerjasama oleh sektor awam dan swasta, termasuk Fakulti Perubatan di Universiti Chulalongkorn, semburan itu telah berjaya melalui beberapa ujian yang menggunakan prototaip.

.

“Kami menjalankan penyelidikan dan menemukan antibodi yang merupakan imuniti dicipta oleh tubuh manusia untuk menghentikan COVID-19,” demikian menurut Dr. Nakarin Sirisabya dari Fakulti Perubatan.

.

Semburan hidung berasaskan antibodi itu dikatakan mampu menghentikan virus daripada menjangkiti badan melalui saluran hidung, yang dipercayai laluan utama kemasukan virus COVID-19.

.

“Maka, kami fikir dengan dengan menggunakan semburan berasaskan antibodi di hidung, antibodi akan memerangkap COVID-19 dan menghalangnya daripada memasuki badan,” ujar Sirisabya.

.

Tambah lagi, semburan itu adalah berbeza dengan vaksin kerana semburan berasaskan antigen tidak diserap ke dalam badan atau kekal untuk tempoh lama. Bahan semburan akan melekat pada virus yang masuk ke dalam hidung dan meneutralkannya, sekaligus mengentikan jangkitan.

.

Penyembur hidung itu akan diuji tidak lama lagi terhadap kumpulan sukarelawan di Institut Kanser Kebangsaan Thailand.

.

Sumber: [1]