Thailand Guna Anjing Untuk Kesan Pesakit COVID-19 Tanpa Gejala

Enam ekor anjing pengutip Labrador di Thailand dikhabarkan bersedia untuk membantu barisan hadapan dengan mengesan pesakit COVID-19 tanpa gejala di lapangan terbang dan pelabuhan di negara terbabit.

thailand guna anjing untuk kesan pesakit covid-19 tanpa gejala

Difahamkan bahawa keenam-enam anjing tersebut dilatih oleh Fakulti Sains Veterinar Universiti Chulalongkorn dan mampu menghidu pesakit COVID-19 tanpa gejala dengan kadar ketepatan yang mencecah 95%.

Menurut wakil dekan fakulti bahagian penyelidikan dan inovasi, Prof Dr Kaywalee Chatdarong di laman web Chula Journal, fakulti tersebut memutuskan untuk melatih anjing pengutip Labrador kerana mereka ramah dan mempunyai deria bau yang baik.

Tambahnya lagi, deria bau anjing adalah 50 kali lebih besar berbanding dengan manusia dan berikutan itu, mereka berupaya menghidu dan mengesan manusia yang membawa virus namun tidak menunjukkan sebarang gejala, hanya melalui peluh mereka.

Terangnya, apabila anjing tersebut duduk, itu bermaksud bahawa orang yang dihidu itu tidak simptomatik.

Dalam pada itu, seorang doktor haiwan, Profesor Madya Dr. Somporn Techa-ngarmsuwan mengatakan bahawa proses ujian tersebut adalah selamat untuk anjing, manusia yang dihidu dan pegawai yang terlibat dalam operasi berkenaan.

Lanjutnya lagi, pasukan penyelidik menggunakan sampel peluh daripada mereka yang diuji sebelum membiarkan anjing-anjing tersebut menghidu bau peluh itu dari jauh.

Selain Thailand, negara lain yang turut menggunakan khidmat anjing penghidu termasuklah Australia, Finland, Jerman dan Perancis dalam mengesan pesakit COVID-19.

Setakat ini, Thailand mencatatkan 27,402 kes COVID-19 baru dan 88 kematian.

 

Sumber: Bernama

ARTIKEL BERKAITAN