Thailand Catat Kes Kematian Pertama Akibat Omicron

Thailand mencatatkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.

thailand catat kes kematian pertama akibat omicron

Menurut pejabat kesihatan di wilayah selatan Songkhla, seorang wanita berusia 86 tahun dari Hatyai, Songkhla yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech meninggal dunia akibat dijangkiti varian babit pada 12 Januari.

Jelas mereka, pesakit Alzheimer yang terlantar itu dipercayai dijangkiti varian itu melalui cucunya.

Analisis tambahan di makmal menunjukkan wanita itu diuji positif bagi varian Omicron.

Sejak varian Omicron pertama dikesan di negara itu, Thailand telah mencatatkan lebih dari 10,000 yang disebabkan varian terbabit setakat ini.

 

Sumber: [1]