Thailand Catat 104 Kes Omicron, Perlahankan Sebentar Pergerakan Pelancongan

Sehingga kini, Thailand telah mencatatkan kira-kira 104 kes Omicron dan terpaksa mengenakan semula kuarantin wajib antara tujuh hingga 10 hari kepada pelancong bawah “Phuket Sandbox” bermula Rabu lalu dalam usaha mengekang penularan varian tersebut.

thailand catat 104 kes omicron, perlahankan sebentar pergerakan pelancongan

Menurut timbalan jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Sumanee Wacharasin berkata pesakit positif varian Omicron kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Sebahagian daripada mereka telah pulih daripada jangkitan itu,” katanya pada taklimat harian COVID-19.

“Sehingga kini, seramai 416 pengunjung disahkan positif COVID-19,” tambahnya.

Susulan kebimbangan terhadap penularan varian Omicron, Thailand memutuskan untuk menangguhkan sementara program kemasukan bebas kuarantin bermula Rabu dan tiada permohonan baru bawah skim Pas Thailand.

Sementara itu, bagi permohonan yang sudah diluluskan di bawah skim itu ia tidak tertakluk kepada kepada peraturan baru tersebut.

Tetapi mereka dikehendaki menjalani ujian RT-PCR kedua di kemudahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Terang Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata langkah itu hanya untuk sementara waktu.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN