Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand bersetuju memperluaskan satu lagi program pengecualian kuarantin – ‘sandbox’ – ke destinasi pantai popular termasuk Pattaya, Si Racha dan Sattahip di wilayah Chonburi dan Koh Chang di wilayah Trat.
Menurut Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, “Di bawah skim ini, pelancong dikehendaki mengambil dua ujian RT-PCR semasa ketibaan dan lima hari kemudian,” jelasnya sambil menambah mereka perlu kuarantin di hotel sementara menunggu keputusan ujian.
Sebelum ini, program tersebut pernah digantung pada akhir Disember berikutan varian Omicron yang menular dengan begitu ligat.
Setakat ini, terdapat empat destinasi bawah program ‘sandbox’ – Phuket, Phang Nga, Krabi dan Koh Samui.
Lanjutnya, program ‘sandbox’ kekal di lapan wilayah - Bangkok, Kanchanaburi, Krabi, Chonburi, Nonthaburi, Pathum Thani, Phang Nga dan Phuket.
Sementara itu, perintah darurat akan dilanjutkan sehingga Mac tahun ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sumber: [1]