Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa syarikat Tesla akan menubuhkan ibu pejabat mereka di Cyberjaya tidak lama lagi.
Malah, Tesla turut berkongsikan harga rasmi Model Y di pasaran Malaysia yang bermula dari RM199 ribu untuk Standard dan mencecah RM288 ribu untuk jenis Performance dengan beberapa pilihan lain.
Disebabkan itu, pasaran bagi unit recon Tesla Model 3 didapati telah turun harga, dijual sekitar RM149 ribu sahaja.
Manakala bagi Model Y untuk unit recon juga dijual pada harga lebih murah berbanding sebelumnya, sekitar RM199 ribu, sama seperti harga baharu untuk varian Standard.
Malah, ramai juga menjangkakan harga Tesla terpakai dan recon akan mengalami penurunan lagi, namun tidak mendadak, dalam masa akan datang.
Perkara ini sudah pasti menjadi berita gembira buat para peminat kereta elektrik Tesla kerana ia menjadi ‘mampu milik’, berbanding dengan harga sebelumnya.
Sumber: Mudah.my / Tesla