Wanita Terpaksa Bayar Makan 23 Ahli Keluarganya Yang Dibawa Masa First Date

Seorang wanita di China pada awalnya mahu menguji sifat pemurah seorang lelaki pada janji temu pertamanya dengan membawa bersama 23 orang ahli keluarganya.

wanita terpaksa bayar makan 23 ahli keluarganya yang dibawa masa first date

Namun helahnya itu tidak menjadi kerana lelaki itu tidak mahu membayar makan 23 ahli keluarga wanita itu, menyebabkan wanita itu terpaksa membayar sendiri bil makanan yang dipesan berjumlah AS$3,100 (RM12,857).

 

Menurut laporan akhbar tempatan Taizhou Evening News, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu pada awalnya telah membuat janji temu makan malam dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Lui di sebuah restoran yang terletak di wilayah Zhejiang.

 

Janji temu itu diaturkan oleh ibu lelaki itu kerana bimbang dengan anaknya yang masih belum mempunyai teman wanita.

 

Pada awalnya, lelaki itu bersetuju untuk membayar makanan untuk janji temunya bersama wanita itu, tanpa mengetahui bahawa wanita itu dalam diam juga membawa bersama ahli keluarganya yang lain.

 

Selepas mengetahui wanita itu membawa ahli keluarga lain, Lui meminta wanita itu dan keluarganya untuk membayar bahagian mereka sendiri.

 

Menurut wanita itu, dia berbuat demikian kerana mahu menguji sifat pemurah Lui sebelum memutuskan untuk menjalin hubungan dengannya.

 

Tidak dapat dipastikan status hubungan mereka sekarang, namun jika anda mahu menguji sifat pemurah pasangan, bukan begini ya caranya!

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN