Terokai ‘Pinkfong Wonderstar Carnival 2022’ di Kuala Lumpur Jun Ini

Peminat Pinkfong, jenama animasi menawan hati kanak-kanak di sebalik fenomena popular Baby Shark, boleh menantikan ‘Pinkfong Wonderstar Carnival 2022’ dari 1 hingga 12 Jun, 10 pagi - 10 malam di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil, KL.

terokai ‘pinkfong wonderstar carnival 2022’ di kuala lumpur jun ini

Peminat cilik akan berpeluang untuk menerokai bumi menarik iaitu 'WonderVille' dan bertemu Pinkfong, kawan baiknya Baby Shark, dan rakan Hogi, dari siri Pinkfong Wonderstar.

.

Peminat cilik juga boleh menikmati aktiviti menarik yang direka khas untuk meningkatkan kreativiti mereka sambil bergembira, termasuk bertemu mesra dengan Pinkfong, Baby Shark dan Hogi, sudut bergambar dan satu siri bengkel seni dan kraf tangan untuk membuat penanda buku dan banyak lagi.

.

Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai persembahan pentas Pinkfong, permainan digital, permainan kad dan cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi hadiah istimewa.

.

Di karnival ini, peminat juga boleh membeli barangan eksklusif Pinkfong seperti Pinkfong First Learning Kit, Pinkfong Plush Toys dan mainan pembelajaran Pinkfong Fun Pack termasuk perkakas, alat tulis, buku dan cecair sanitasi Pinkfong.

.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Pinkfong Wonderstar Carnival 2022’, layari astro.com.my/pinkfongwonderstar