Terlihat Penonton Sesak Nafas, Billie Eilish Sanggup Hentikan Konsert Sendiri

Penyanyi pop terkenal, Billie Eilish menghentikan seketika konsertnya di Atlanta, Amerika Syarikat pada malam Sabtu lalu selepas melihat seorang wanita yang juga peminatnya mengalami sesak nafas ketika acara itu berlangsung.

terlihat penonton sesak nafas, billie eilish sanggup hentikan konsert sendiri

Ketika berada di atas pentas, pemenang Anugerah Grammy itu dilihat bertanya kepada peminat tersebut.

“Anda perlukan alat sedut?” kata penyanyi berusia 20 tahun itu kepada peminatnya itu dalam klip video yang kini tular di media sosial.

Eilish yang sedang dalam jerayawara “Happier Than Ever” itu kemudian bertanya kepada kru konsert sekiranya mereka menyimpan alat sedut di dalam bilik persalinan selain turut meminta pengawal keselamatan yang berada berhampiran untuk mencari alat itu bagi membantu gadis itu.

Difahamkan gadis itu berjaya mendapatkan alat sedut dan kembali pulih beberapa minit kemudian.

Perkara itu dikongsikan di laman sosial rata-rata penonton konsert tersebut dan mendapat reaksi pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu mengambil berat terhadap peminatnya.

 

Sumber: [1]