Seorang atlet yang mengalami masalah cacat penglihatan dilanggar bas memandu sendiri (self-driving bus) di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 dalam satu kemalangan yang dilaporkan berlaku pada petang Khamis lalu.
Identiti atlet terbabit bagaimanapun tidak didedahkan, namun terdapat beberapa media tempatan yang mengatakan bahawa pejalan kaki yang cedera itu ialah atlet judo Jepun, Aramitsu Kitazono.
Menurut media tempatan, atlet berusia 30 tahun itu jatuh dan akan memerlukan dua minggu untuk pulih dari kecederaannya.
Susulan itu, dia tidak mempunyai sebarang pilihan lain melainkan terpaksa menarik dirinya daripada perlawanan bagi acara judo yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu kerana keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan.
Sebagai tambahan, jurulatih atlet terbabit turut memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat setelah melakukan perbincangan bersama Kitazono selain berunding dengan doktor yang merawatnya,
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur telah mengambil langkah dengan menghentikan operasi kenderaan tersebut serta-merta setelah kejadian kemalangan itu.
Sumber: [1]