Terkesan Dengan COVID-19, Zoo Di Thailand Terpaksa Jual Haiwan Belaan

Di waktu pandemik yang mana ramai bergelut dalam kesusahan, haiwan juga turut terkesan dan merasakan keperitan tersebut.

terkesan dengan covid-19, zoo di thailand terpaksa jual haiwan belaan

Di Thailand, beberapa buah zoo dilaporkan cuba sedaya mungkin untuk meneruskan kelangsungan mereka dengan menjual haiwan belaan mereka selain ada juga yang memohon sumbangan untuk memberi makanan kepada haiwan tersebut.

Menurut Akta Pemeliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar, mereka tidak boleh menjual binatang seperti gajah kepada sembarangan orang terutamanya mereka yang tidak mempunyai keizinan untuk membiakkan haiwan tersebut.

Salah satu zoo yang dikenali sebagai Zoo Harimau Sriracha mengumumkan bahawa mereka ingin menjual sekumpulan 11 gajah biarpun tindakan tersebut mencetuskan persoalan berkenaan undang-undang perlindungan hidupan liar di negara tersebut.

Tulis zoo tersebut di media sosial mereka, “Kami mesti menjualnya walaupun kami sangat menyayangi mereka.”

Sementara itu, beberapa zoo di serata negara tersebut telah mengumumkan bahawa mereka terbuka untuk menerima sumbangan agar dapat terus memberi makanan kepada haiwan belaan mereka dan demi ‘kesejahteraan’ haiwan tersebut.

Auttaporn Srihaeran, pengarah organisasi zoologi nasional, mengatakan bahawa lawatan ke zoo menurun secara drastik iaitu dari 4.2 juta pengunjung pada 2019 menjadi 3 juta pengunjung pada 2020. Sementara itu, untuk 2021, hanya 1.5 juta pengunjung yang datang.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN