Bekas isteri kepada Ahmad Dhani, iaitu Maia Estianty akui dia tak sanggup berpoligami dan lebih memilih untuk tinggal bersendiri.
Bagaimanapun, Maia yang kini telah berkahwin dengan pasangan baru, Irwan Mussry menekankan bahawa dia tidak menolak amalan poligami sebagai salah satu perkara yang terselit dalam agama.
Namun, pada pendiriannya sendiri, dia lebih rela untuk tinggal bersendirian daripada terpaksa berkongsi cinta dengan wanita lain.
Terdahulu, Maia pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Dhani yang merupakan anggota kumpulan Dewa selama 12 tahun.
Bagaimanapun, hubungan tersebut kemudian hancur dan mereka mengambil keputusan bercerai pada 2008 setelah Ahmad Dhani didapati curang bersama bekas kawan baik Maia sendiri, iaitu Mulan Jameela yang pernah menganggotai bersama kumpulan Ratu dengannya.
Sejak itu, ibu kepada Al, El dan Dul itu menjalani kehidupannya berseorangan sebelum akhirnya memutuskan untuk mengahwini Irwan Musry pada 2018.
Sumber: Liputan6