Detik Tergantung 1,000 Kaki Atas Udara Akibat Kereta Kabel Rosak Jadi Tular

Beberapa pengunjung berdepan detik ngeri dalam hidup apabila tergantung pada ketinggian 1,000 kaki diatas udara selepas kereta kabel mereka tersekat di tengah perjalanan.

detik tergantung 1,000 kaki atas udara akibat kereta kabel rosak jadi tular

Kejadian berlaku di Parwanoo Timber Trail dekat utara India yang mana menyebabkan kira-kira 15 pengunjung kereta kabel itu terjejas.

.

Kumpulan itu terkandas lebih sejam sebelum perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian.

detik tergantung 1,000 kaki atas udara akibat kereta kabel rosak jadi tular

Dalam satu rakaman yang tular, dua daripada ahli kumpulan itu dilihat dipindahkan dari kereta kabel menggunakan tali bantuan.

.

Seorang mangsa kelihatan berada dalam pengangkut sebelum kesemuanya selamat diturunkan ke kawasan tanah rata.

detik tergantung 1,000 kaki atas udara akibat kereta kabel rosak jadi tular

Menurut jurucakap kepada kerajaan negeri, kesemua mangsa telah berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

.

Sumber: [1]