Seorang wanita di Thailand berhadapan dengan hukuman mati selepas didapati bersalah meracuni anak-anaknya sendiri kerana ingin meraih sumbangan orang ramai di media sosial.
Wanita yang dikenali sebagai Nattiwan Rakkunjet itu didapati bersalah meracun dua anaknya semata-mata ingin meraih sumbangan daripada orang ramai sehingga salah seorang daripadanya meninggal dunia pada 2019.
Dia dilaporkan membawa anak lelakinya yang berusia empat tahun ke hospital dan mendakwa bahawa mangsa mengalami sakit perut dan muntah darah akibat alahan makanan laut.
Doktor yang merawat kanak-kanak terbabit bagaimanapun mendapati dia alami jangkitan perut yang teruk dan bukannya akibat alahan.
Tertuduh didapati mencampurkan bahan menghakis ke dalam makanan anaknya selama dua tahun yang akhirnya membawa kepada hukuman mati.
Pihak mahkamah memutuskan pengakuan terbabit tidak boleh menjadi faktor bagi meringankan hukuman tertuduh.
Sumber: Kosmo