Terbaik! Wanita Ubah Bilik Penuh Sampah Sarap Jadi Macam Ruang Hotel

Seorang wanita tular selepas menukarkan satu bilik yang penuh sampah kepada ruang yang kelihatan seakan-akan bilik hotel.

terbaik! wanita ubah bilik penuh sampah sarap jadi macam ruang hotel

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @asepsy1, kelihatan sebuah bilik yang kelihatan berantakan dan dipenuhi sampah sarap seperti bungkusan makanan dan minuman serta tebaran plastik.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian berjaya mengubah bilik tersebut menjadi begitu cantik sekal tanpa sebarang bantuan daripada sesiapa pun.

Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu menyapu keseluruhan lantai bilik tersebut sebelum dia menarik keluar tilam lama dari bilik tersebut.

Dia kemudian mengubah bilik tersebut dengan meletakkan katil baru dan karpet yang bermotifkan kotak-kotak.

Selain itu, dia turut menampalkan kertas dinding berwarna ungu bagi menutupi bahagian dinding yang kusam.

Tidak hanya terhenti di situ, wanita itu juga menambah meja minimalis di kedua-dua belah bahagian bilik tersebut sekali gus menjadikan bilik yang dahulunya kusam itu, kini kelihatan seperti ruangan bilik hotel.

Dengan hanya bermodalkan kain pelbagai corak dan kertas hiasan, wanita tersebut sememangnya berjaya mengubah bilik tersebut menjadi bilik yang begitu feminin dan kelihatan dengan cara sederhana meskipun tidak banyak perabot yang digunakan.

Video tersebut juga kini telah ditonton lebih 12 juta pengguna di TikTok yang rata-ratanya kagum dengan kreativiti wanita itu.

 

@asepsy1

#gayarumahan

♬ suara asli - Asep Syaeful

 

 

Sumber: [1]