Ramai Wanita Suka Buat ‘Me Time’ Dalam Kereta, Salah Satu Cara Tenangkan Diri

‘Me Time’ merupakan satu cara yang diambil kebanyakkan kita untuk terapi diri dengan melakukan pelbagai aktiviti kegemaran, tanpa mengira jantina dan usia.

 

Memetik hantaran Taufiq Razif, isterinya sebagai contoh, gemar untuk ‘me time’ dalam kereta sebagai salah satu cara untuk kekal bertenang.

ramai wanita suka buat ‘me time’ dalam kereta, salah satu cara tenangkan diri

Jelasnya, ketika isterinya penat melakukan pekerjaan, dia lazim akan bersembunyi dalam kereta sambil bermain telefon atau membaca buku. Jadi, beliau sendiri akan membiarkan isteri berada dalam kereta tanpa menggangunya sehingga puas hati dan bertenang.

 

“Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta. Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku dan saya akan biarkan saja isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri.

“Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam extrovert tapi dia ada sisi introvert dia. Semua orang pun macam itu sebenarnya. Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ini spektrum sebenarnya.

“Jadi saya akan biarkan saja isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak-anak seharian,” katanya.

 

Tambah beliau lagi, masa seseorang manusia dalam hidup ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

  • Masa untuk agama dan Pencipta
  • Masa untuk orang ramai
  • Masa untuk anak dan keluarga
  • Masa untuk pasangan
  • Masa untuk diri sendiri

ramai wanita suka buat ‘me time’ dalam kereta, salah satu cara tenangkan diri

“Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga,” ujarnya lagi.

 

Sumber:  Taufiq Razif