Kalau korang guna troli dekat shopping mall, adakah korang akan kembali semula pada tempat asal selepas dah angkut barang masuk kenderaan?
Bagi menjawab persoalan mengapa ada orang yang memilih untuk tidak mengembalikan semula troli selepas digunakan, satu kajian telah dilakukan dan perkara tersebut telah diterbitkan dalam kajian Scientific American.
Berdasarkan pengkaji Krystal D’Costa, ada beberapa punca mengapa orang ramai tidak mengembalikan troli semula. Antaranya:
1. Tempat letak troli berjauhan dari tempat mereka parking
2. Pengguna mempunyai anak kecil jadi agak susah untuk mengembalikan semula
3. Cuaca berada dalam keadaan tidak baik.
4. Pergerakan fizikal yang terhad
5. Pengguna merasakan tugas mengutip troli adalah tugas pekerja shopping mall.
Berdasakan kajian ini juga, mereka menyimpulkan bahawa pengguna yang mengembalikan semula troli ke tempat asal adalah kerana tekanan sosial. Mereka berasa kurang senang dengan pandangan serong akan orang ramai.
Tapi, apa pun alasannya jangan tinggalkan troli di belakang kereta orang lain atau kawasan parking. Benda ni akan menyusahkan orang lain.
Sumber: Mental Floss