Teknologi Ini Mampu Bawa Manusia Ke Marikh Sepantas 45 Hari

Teknologi baharu yang dibangunkan saintis Kanada dikatakan mampu mengurangkan perjalanan manusia ke Planet Marikh menjadi 45 hari sahaja, berbanding 500 hari sebelum ini.

 

Sistem yang dibina berasaskan laser ini dikatakan akan diuji Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dengan menghantar angkasawan mereka ke Marikh pada pertengahan tahun 2030-an.

 

Pasukan jurutera Universiti McGill di bandar Montreal, Kanada telah membangunkan sistem yang dinamakan laser thermal propulsion, dimana cahaya laser diguna untuk memanaskan bahan api hidrogen.

teknologi ini mampu bawa manusia ke marikh sepantas 45 hari

Laser besar dilepaskan dari Bumi kepada panel fotovoltaik pada kapal angkasa uang menjana kuasa elektrik seterusnya menghasilkan tujahan bagi memecut pantas ketika berlepas.

teknologi ini mampu bawa manusia ke marikh sepantas 45 hari

Meskipun tempoh untuk sampai ke Marikh dianggarkan akan menjadi sekitar enam minggu, namun risiko radiasi mungkin timbul jika tidak menggunakan roket berkuasa pembelahan nuklear.

 

Menerusi penemuan itu, pasukan penyelidik berkata sistem itu mampu mewujudkan pengangkutan pantas bagi perjalanan angkasa dalam sistem suria.

 

Sumber:  [1]