Nafas Semput Lepas Sembuh COVID-19? Ini Teknik Latihan Kuatkan Paru-paru

Mereka yang pernah dijangkiti COVID-19 dan kini telah sembuh mungkin berhadapan dengan masalah pernafasan.

nafas semput lepas sembuh covid-19? ini teknik latihan kuatkan paru-paru

Ini adalah kerana ketika dijangkiti, virus berkenaan telah menyerang dan menggangu bahagian paru-paru lalu menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelumnya.

.

Kesukaran bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya menyebabkan bekas pesakit COVID-19 berasa bimbang dengan situasi itu.

.

Ekoran itu, Dr Arisman telah berkongsi teknik latihan pernafasan bagi menguatkan semula paru-paru selepas jangkitan COVID-19.

nafas semput lepas sembuh covid-19? ini teknik latihan kuatkan paru-paru

TEKNIK LATIHAN KUATKAN PARU-PARU

Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.

Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.

Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.

Tahan nafas selama 4 saat.

Hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh dua saat.

Menerusi video yang dikongsikan beliau, bekas pesakit COVID-19 boleh mengamalkan latihan ini bagi melancarkan semula pernafasan.

.

Namun jika masih mengalami masalah yang berterusan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

.

Sumber: [1]