Taylor Swift, Selebriti Sumbang Pencemaran Karbon Dioksida Terbesar

Penyanyi terkenal, Taylor Swift telah dinamakan sebagai selebriti yang paling banyak menyumbangkan pencemaran gas karbon dioksida tahun ini.

taylor swift, selebriti sumbang pencemaran karbon dioksida terbesar

Ia dibuat menerusi satu kajian baru yang mendapati jet peribadi milik penyanyi itu sudah melakukan sebanyak 170 penerbangan sejak Januari lalu.

 

Kajian itu adalah berdasarkan analsis penerbangan pesawat peribadi yang dikesan penjejak penerbangan automatik, Celebrity Jets.

 

Bagi tempoh yang sama, Swift berada ditempat teratas mendahului lagenda tinju, Floyd Mayweather. Selebriti lain yang turut menyumbangkan pencemaran karbon dioksida adalah seperti Jay Z, Blake Shelton, Steven Spielberg, Kim Kardashian, Mark Wahlberg dan Oprah Winfrey.

 

Bagaimanapun laporan itu dinafikan jurucakap Swift dengan mendakwa jet peribadi Swift sebenarnya sering dipinjamkan kepada individu lain untuk melancong ke seluruh dunia.

 

Sumber: Utusan

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN