Perhatian Pelajar Tingkatan 6, Tawaran Biasiswa RM150,000 Ini Untuk Anda!

Yu Cai Foundation (YCF) menawarkan biasiswa berjumlah RM150,000 khas untuk pelajar Tingkatan 6 daripada golongan B40 dan M40 pada tahun 2021.

perhatian pelajar tingkatan 6, tawaran biasiswa rm150,000 ini untuk anda!

Ketua yayasan YCF, Simpson Khoo berharap sumbangan tajaan pelajaran daripada YCF dapat membantu untuk meringankan beban pelajar, supaya mereka dapat meneruskan pengajian dan mencapai impian tanpa bebanan kewangan, terutamanya semasa waktu krisis pandemik Covid-19 yang masih berlarutan ketika ini.

 

“Biasiswa ini adalah terbuka kepada semua pelajar Semester 1 Tingkatan 6 dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 6,250 sebulan,” katanya.

 

Menurut beliau, pemohon yang berjaya akan ditaja sebanyak RM3,000 sepanjang tempoh pengajian Tingkatan 6, berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web YCF (http://www.ycf.org.my/programmes/form6-sponsorship), Facebook YCF (www.facebook.com/yucaifoundation) atau menghubungi 03-23806431.