Taufan Ida Jadi Punca Darurat Di Bandar New York

Sekurang-kurangnya 28 orang dilpaorkan terbunuh di New York, New Jersey dan Pennsylvania selepas Taufan Ida melanda wilayah itu pada hari Rabu.

taufan ida jadi punca darurat di bandar new york

Taufan Ida telah menyebabkan banjir besar dan hujan lebat berlaku dikebanyakkan kawasan, hingga menyebabkan Gabenor, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat pada Khamis.

taufan ida jadi punca darurat di bandar new york

"Saya mengisytiharkan darurat bagi membantu warga New York yang terjejas disebabkan ribut malam ini. Tolong hindari jalanraya dan elakkan perjalanan yang tidak perlu," Hochul berkata menerusi ciapan Twitternya.

 

Hujan lebat yang turun melebihi jangkaan itu juga menyebabka wilayah itu berada dalam keadaan yang sangat dahsyat.

taufan ida jadi punca darurat di bandar new york

Orang ramai diwilayah itu juga diingatkan untuk tidak menggunakan lebuhraya buat masa ini kerana terdapat banyak laporan tentang operasi menyelamat dan juga pemandu yang terkandas di lebuhraya.

 

Darurat yang diisytiharkan Hochul dibuat kira-kira sejam selepas Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengisytiharkan darurat di bandaraya.

taufan ida jadi punca darurat di bandar new york

"Kami menempuh peristiwa bersejarah malam ini dengan hujan lebat melanda seluruh bandar, banjir dahsyat dan jalan raya berbahaya," kata Datuk Bandar pada Rabu.

 

Taufan Ida dikategorikan sebagai taufan Kategori 4 pada Ahad lalu, sebelum ia melemah menjadi ribut Tropika.

 

Sumber: [1], [2]