Tasikmalaya, Lokasi Paling Ramai Warga Emas Bujang Di Indonesia

Tahukah anda terdapat satu kawasan di Jawa Barat, Indonesia yang mempunyai populasi warga emas bujang terbesar dan teramai?

tasikmalaya, lokasi paling ramai warga emas bujang di indonesia

Kabupaten Tasikmalaya di Jawa Barat merupakan lokasi paling ramai warga emas yang masih belum berkahwin di negara jiran itu, demikian menurut Menteri Sosial Indonesia, Tri Rismaharini.

.

Disebabkan itu, Tasikmalaya dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Warga Emas Nasional (HLUN) yang telahpun berlangsung di Hospital Singaparna Medika Citrautama baru-baru ini.

tasikmalaya, lokasi paling ramai warga emas bujang di indonesia

Menurut laporan, ketika ini terdapat 28,000 orang warga emas bujang yang majoriti daripada mereka telah diabaikan keluarga dan juga hidup bersendirian.

.

Tambah lagi, pada 2021 sebanyak 19.3 juta orang atau bersamaan 10.82% daripada keseluruhan penduduk Indonesia adalah warga emas.

.

Menurut tinjauan, sebanyak 43.29% daripada jumlah warga emas itu juga adalah daripada golongan kurang berkemampuan.

.

Sumber: [1]