Tanduk Bola Antara Penyebab Masalah Dementia

tanduk bola antara penyebab masalah dementia

Baru-baru ini Scotland telah mengeluarkan satu undang-undang bola sepak baru iaitu pemain bola sepak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan menanduk bola. Perkara ini bertujuan untuk mengelak masalah dementia ketika dewasa kelak.

Pada Oktober lalu, satu laporan telah menyatakan bahawa banyak pemain bola sepak professional mempunyai masalah dementia. Laporan tersebut menyatakan pemain bola sepak terdedah tiga kali ganda risiko menghidap dementia yang berpunca daripada menanduk bola.

 

Apa Itu Dementia?
 

Dementia ni adalah sindrom di mana fungsi kognitif menjadi lemah dan berkurang. Selalunya ia memberi kesan kepada ingatan, fikiran, orintasi, komprehensi, pengiraan, kebolehan belajar, bahasa dan kemampuan untuk menilai.

Pada tahun 2014, otak bekas pemain West Brom dan England, Jeff Astle telah dibedah siasat- 12 tahun selepas kematainnya. Mereka mengesan pemain tersebut mengalami tanda-tanda awal menghidap dementia dan pakar mengesahkan pemain tersebut meninggal disebabkan dementia kronik.

Sumber: Astro Awani