Tandas Harga RM96 Juta, Diperbuat Daripada Titanium

tandas harga rm96 juta, diperbuat daripada titanium

Berapa harga tandas rumah korang?

Korang percaya tak ada tandas bernilai RM96 Juta? Malah, tandas titanium ini hanya seberat 45 kilogram dan setinggi 71 sentimeter.

Tandas ni akan digunakan oleh angkasawan di angkasa lepas. Menurut NASA, tanda ini mempunyai sistem vakum. Jadi, ia akan memberi keselesaan kepada angkasawan wanita.

"Saiznya adalah 65 peratus lebih kecil dan 40 lebih ringan daripada model sebelum ini. Objektif utama projek kami adalah untuk mengoptimumkan penggunaan tandas bagi angkasawan wanita.

"NASA telah mendapatkan maklum balas daripada kru dan melakukan penilaian untuk menaiktaraf sistem tersebut bagi menjadikan ia lebih mesra pengguna wanita," kata pengurus projek NASA, Melissa McKinle

Sumber: Sinar Harian