Tanah Runtuh Akibatkan Jenazah Hampir Hanyut, Kain Kafan Terdedah

Beberapa hari lalu, tular video di media sosial menunjukkan hakisan tanah yang berlaku dikawasan perkuburan sehingga menyebabkan kain kafan jelas terjulur keluar dari lubang tanah.

tanah runtuh akibatkan jenazah hampir hanyut, kain kafan terdedah

Kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung pada Selasa lalu juga telah menyebabkan lebih 20 kubur terjejas teruk.

 

Rakaman dan foto kejadian itu telah dimuatnaik ke platform media sosial sehingga mengundang rasa simpati orang ramai.

tanah runtuh akibatkan jenazah hampir hanyut, kain kafan terdedah

Menurut Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman berkata sebanyak 25 kubur terjejas dengan benteng penahan di kawasan itu runtuh. Ia menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan jenazah hanyut.

tanah runtuh akibatkan jenazah hampir hanyut, kain kafan terdedah

Daripada 25 kubur yang terjejas, 10 daripadanya mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

tanah runtuh akibatkan jenazah hampir hanyut, kain kafan terdedah

“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa.

"Semuanya dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya.

Insiden tanah runtuh ini berlaku disebabkan hujan lebat sekitar jam 2.37 petang (waktu Indonesia Barat). Hujan lebat itu menyebabkan air dari Sungai Cilimus melimpah dan meruntuhkan benteng penahan di pinggir sungai.

 

Sumber: Astro AWANI