Tampilkan Idola K-Pop Dari Negara Burma Yang Pertama, Grup Baru Ini Debut Pada Jun?

Pertengahan tahun 2021 bakal menyaksikan beberapa kumpulan K-Pop baru melakukan debut, dan terbaru, satu lagi kumpulan gadis K-Pop baru menangkap perhatian warganet kerana menampilkan idola K-Pop pertama yang berasal dari Burma!

tampilkan idola k-pop dari negara burma yang pertama, grup baru ini debut pada jun?

Digelar Rumble.G, kumpulan tersebut terdiri daripada empat anggota naungan WinnerZone Entertainment dan bakal melakukan debut mereka pada Jun 2021.

Keseluruhan anggota kumpulan Rumble.G bernama Gayun, Baleum, Ian dan Didi.

tampilkan idola k-pop dari negara burma yang pertama, grup baru ini debut pada jun?

Yang paling menarik perhatian ramai ialah ketua kumpulan tersebut, Didi, yang berketurunan Burma-Korea.

 

 

Penyertaan Didi dalam Rumble.G bermaksud bahawa dia akan menjadi idola K-Pop Burma pertama yang sekali jarang dapat kita lihat dalam industri K-Pop, yang rata-ratanya didominasi warga Korea dari serata dunia selain beberapa idola kelahiran Thailand popular seperti Lisa BLACKPINK, Ten NCT dan BamBam GOT7.

Difahamkan, terdahulu, Didi pernah menuntut dalam jurusan filem di universiti dan aktif dalam industri hiburan.

Selain fasih berbahasa Inggeris, Korea dan Burma, Didi yang memegang posisi sebagai ketua kumpulan, vokal utama dan rapper utama dalam kumpulan Rumble.G juga dikatakan kini sedang berada dalam proses mempelajari Bahasa Cina dan ASL (Bahasa Isyarat Amerika).

Hebat!

 

Sumber: [1]