Pemegang Kad OKU Bakal Nikmati Tambang Percuma Semua Perkhidmatan Prasarana Mulai 1 Feb

Individu yang mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.

pemegang kad oku bakal nikmati tambang percuma semua perkhidmatan prasarana mulai 1 feb

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, inisiatif itu melibatkan semua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas Prasarana di sekitar Lembah Klang.

 

Ujarnya, Prasarana akan diberi tempoh sebulan untuk melakukan persiapan dan menyelaraskan sistem tiket termasuk pemberian kad konsesi khas kepada pengguna OKU.

 

“Pengguna hanya perlu mengemukakan kad OKU yang dikeluarkan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan memohon kad berkenaan.

“Prasarana bersetuju untuk memberikan tambang percuma kepada OKU, walaupun memberi impak kewangan kepada Prasarana. Kemudahan ini sebahagian daripada CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka,” katanya pada sidang media di Stesen MRT Stadium Kajang di sini hari ini.

Sumber: Astro AWANI