Tamat Sudah Larangan Rentas Negeri, Zoo Melaka Berjaya Cecah Kutipan Tiket Hampir RM1 Juta!

Industri pelancongan domestik kembali melihat sinarnya semula, lagi-lagi selepas rentas negeri dibenarkan ke atas individu yang lengkap vaksin.

tamat sudah larangan rentas negeri, zoo melaka berjaya cecah kutipan tiket hampir rm1 juta!

Zoo Melaka berjaya merekodkan kutipan tiket lebih RM800,000 dengan kira-kira 10,000 pengunjung hanya selepas 16 hari ia dibuka semula.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman, jumlah pengunjung dalam sehari mencecah lebih 1,000 orang sehari dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada Sabtu lalu iaitu sebanyak 3,500 orang.

“Kita dapat lihat peningkatan jumlah pengunjung ke Zoo Melaka setiap hari bermula 1 Oktober lepas hingga semalam dengan kebanyakan datang dari luar Melaka seperti Johor dan Kuala Lumpur.

“Kita jangka jumlah pengunjung akan terus meningkat terutama pada hujung minggu, kerana Night Safari telah dibuka semula setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad,” jelasnya.

Dalam pada itu, Datuk Shadan Othamn turut menerangkan bahawa pengurusan Zoo Melaka kekal mengawal ketat kemasukan pengunjung dengan hanya 800 orang dibenarkan masuk pada satu masa.

Ia bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang berlaku untuk membendung penularan COVID-19.

 

Sumber: [1]