Wah! Lepas ni takdalah timbul lagi isu beg berat disebabkan buku-buku teks sekolah.
Boleh kata, hampir setiap tahun kita dengar isu beg berat ni dan akhirnya dapat juga ia diselesaikan.
Difahamkan, Perbadanan Kota Buku (PKB), agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah berjaya membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’. Sesuai untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Memetik laporan Buzz Kini, aplikasi buku teks digital ini dikatakan boleh diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa. Lebih mengagumkan, ia tidak memerlukan capaian internet untuk diakses selepas ia di muat turun.
Aplikasi boleh didapati secara percuma melalui laman sesawang www.textbook.moe.gov.my atau boleh terus dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader