Tak Update MySejahtera Bukan Satu Kesalahan

Baru-baru ni kecoh isu beberapa individu dikompaun kerana tak update status kesihatan di MySejahtera untuk masuk ke tempat kerja.

Ramai jugak yang terkejut sebab takde apa-apa makluman dibuat mengenai perkara itu.

tak update mysejahtera bukan satu kesalahan

 

Sabar, Menteri Kanan Keselamatan dah terangkan hal sebenar yang bukan satu kesalahan pun kalau tak update MySejahtera. 

Mana-mana yang dah dikompaun sebabkan tindakan tersebut, ia perlulah dibatalkan.

Tapi, walaupun tak salah kalau tak kemas kini status kesihatan di MySejahtera, adalah lebih baik kalau kita ambil inisiatif sendiri untuk melakukannya.

Sebab apa? Sebab kita tak tau risiko untuk kita dijangkiti Covid-19 tu ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Semuanya bergantung kepada pergerakan dan aktiviti kita pada hari tersebut.

 

 tak update mysejahtera bukan satu kesalahan

 

Senang je nak update, cuma kena jawab soalan-soalan di bawah :

  • Ada simptom atau
  • Ada sejarah perjalanan keluar negara atau
  • Ada kontak rapat kepada kes positif atau
  • Terlibat dalam perhimpunan ramai atau kluster.

Tanpa kita sedar, kita boleh bantu KKM dalam pengawasan penularan wabak COVID-19.

Sama-sama #kitajagakita dan bantu frontliners yang berjuang habis-habisan dengan jangkitan harian cecah ribuan kes setiap hari.

 tak update mysejahtera bukan satu kesalahan