Saintis Tak Tahu Di Mana dan Bila Roket 12 Tan Milik China Akan Jatuh

Sebuah roket dengan berat mencecah 12 tan dijangka akan tiba ke Bumi tidak lama lagi.

saintis tak tahu di mana dan bila roket 12 tan milik china akan jatuh

Bagaimanapun, saintis tidak dapat menganggarkan lokasi tepat dan jangkaan masa roket milik China itu akan jatuh ke Bumi.

 

Pada Ahad, 24 Julai lalu, modul stesen angkasa Wentian yang dibawa roket Long March 5B Y3 berjaya berlabuh dengan stesen angkasa Tiangong. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar bimbang tentang roket yang akan dilupuskan ini kerana ia boleh menjadi ancaman yang teruk kepada penghuni di Bumi.

saintis tak tahu di mana dan bila roket 12 tan milik china akan jatuh

Menurut Space.com, ini adalah kali ketiga negara China dikritik kerana pelupusan roketnya yang tidak bertanggungjawab.

 

Jonathan McDowell dari jabatan Astrofizik dari Pusat Harvard-Smithsonian membuat pemerhatian dalam menjejaki roket China ini.

 

Menurutnya, Amerika Syarikat melakukan "kerja yang lebih baik" apabila melupuskan roket berbanding China.

 

 

Menurutnya, tiada cara untuk meramalkan bila dan dimana roket 12 tan yang akan dilupuskan itu untuk menghentam Bumi, meskipun kemungkinannya adalah sangat rendah.

 

Meskipun begitu, kemungkinan untuk sesebuah roket mengentam Bumi dan seterusnya menyebabkan kemalangan kepada manusia perlu diambil serius.

 

Mengambil contoh jika roket milik China itu memasuki atmosfera Bumi dan menghentam sesebuah kawasan yang berpenghuni, ia adalah sama seperti kemalangan sebuah pesawat ringan dan mampu menyebabkan kematian kepada ribuan nyawa.

 

Sumber: Tech Times