Tidak Perlu Ujian Ulangan Lepas Selesai Kuarantin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan individu yang positif COVID-19 dan selesai menjalani kuarantin tidak perlu menjalani ujian ulangan.

tidak perlu ujian ulangan lepas selesai kuarantin

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga dua hingga tiga bulan setelah dijangkiti.

 

Misalnya dalam tempoh viral shedding, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu yang dijangkiti tidak mungkin dapat menyebarkan jangkitan.

tidak perlu ujian ulangan lepas selesai kuarantin

Katanya lagi, ujian RTK Antigen pula boleh mengesan jangkitan wabak pada hari ketiga hingga ketujuh selepas terdedah kepada pesakit COVID-19.

 

"Penggunaan RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala.

"RTK-Ag membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19 kerana kaedah ini adalah ringkas, mudah, murah, dan boleh dilakukan di lapangan dan proses pengujian adalah pantas dan keputusan ujian boleh diperoleh dalam masa 20 hingga 30 minit," katanya.

 

Mereka yang didapati positif COVID-19 menerusi ujian RTK-Antigen kendiri perlu melaporkan keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera, mengemas kini status kesihatan dan perlu menjalani isolasi seperti yang ditetapkan KKM.

 

Manakala bagi ujian yang dijalankan secara profesional pula, keputusan ujian akan dilaporkan pihak makmal atau pengamal perubatan kepada KKM melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

 

Sumber: [1]

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN