Tak Perlu Gunakan Racun Untuk Hapuskan Anai-Anai

tak perlu gunakan racun untuk hapuskan anai-anai

Anai-anai adalah musuh nombor satu perosak barangan di rumah seperti pakaian, perabot, dokumen dan lantai kayu. Anai-anai akan menyerang kawasan rumah dengan memasuki ruangan bawah lantai ataupun di tepi tepi pintu dan dinding yang diperbuat daripada kayu. Jangan risau guys, cuba petua ini untuk mengusir anai-anai tanpa menggunakan racun serangga.

  1. Gunakan garam dengan hanya tabur garam pada sarang anai-anai. Untuk lebih berkesan campurkan garam dengan sedikit air  kemudian curah di kawasan yang mempunyai sarang anai anai.

 

  1. Kapur bersifat panas sehingga boleh membakar kulit anai-anai yang lembut dan nipis. Boleh semburkan air kapur pada permukaan kayu yang dimakan anai anai dan pada sarangnya.

 

  1. Manfaatkan air basuhan beras. Air basuhan beras yang pertama disiramkan pada sarang anai-anai mampu mengusirnya.

 

  1. Minyak tanah digunakan sebagai pembakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai anai dari rumah. Hanya menyemburkan minyak tanah di atas permukaan kayu dan pada sarangnya.

 

Tanpa menggunakan sebarang racun anda boleh mengusir anai-anai. Selamat mencuba guys!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: sinar