Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini, demikian menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Ujarnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemaskini maklumat berkenaan dari semasa ke semasa berkenaan PPV.
Tambah lagi, orang ramai yang ingin mendapatkan suntikan booster COVID-19 boleh hadir ke PPV yang tersenarai secara walk-in atau membuat temujanji menggunakan aplikasi MySejahtera.
"KKM ingin menegaskan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 pada masa ini adalah secara sukarela, namun pengambilan vaksin COVID-19 adalah digalakkan terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi," kata beliau.
Katanya lagi, vaksin COVID-19 yang tersedia di negara ini berkesan untuk melindungi daripada komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti.
Sumber: Astro AWANI