Tak Menang Liga Tak Pe, Messi Tetap Pecah Rekod !

tak menang liga tak pe, messi tetap pecah rekod !

 

Terlepas gelaran La Liga musim ini, lebih-lebih lagi kepada musuh tradisi Real Madrid, memang menyakitkan hati Barcelona dan peminat tegarnya.

Namun Barca tidaklah pulang tangan kosong kali ini, terima kasih kepada Super Starnya, Lionel Messi.

Messi muncul penjaring terbanyak La Liga musim ini dengan 25 gol! Dia mengatasi pencabar terdekatnya daripada Real Madrid iaitu Karim Benzema dengan kelebihan 4 gol. Pada aksi terakhir liga, Messi jaringkan 2 gol untuk bantu Barcelona belasah Alaves 5-0.

tak menang liga tak pe, messi tetap pecah rekod !

Ini merupakan tahun ke-3 berturut-turut Messi menerima anugerah kasut emas. Tapi itu bukan rekod yang dia pecahkan tau! Messi muncul pemain dengan anugerah kasut emas tertinggi La Liga dengan 7 anugerah. Kali pertama Messi muncul sebagai penjaring terbanyak La Liga adalah pada 2010, menjaringkan 34 gol dalam 35 penampilan. Bayangkanlah, dalam tempoh 11 tahun ni, 7 kali dia menang. Pemain pasukan lain tak jaringkan gol ke? Atau Barcelona ni cuma mengharap kepada Messi je untuk dapatkan gol?

tak menang liga tak pe, messi tetap pecah rekod !

Dalam tempoh 11 tahun ini, pemain lain yang mampu halang Messi muncul penjaring terbanyak cuma 2 orang je. Yang pertama, tak lain tak bukan ialah Cristiano Ronaldo ketika beraksi dengan Real Madrid. Ronaldo muncul penjaring terbanyak pada 2011, 2014 dan 2015. Seorang lagi ialah rakan sepasukan Messi iaitu Luis Suarez yang memenangi anugerah kasut emas pada musim 2016 dengan 40 gol dalam 35 penampilan.

Bukan rekod kasut emas ni je yang Messi pecahkan! Messi turut dapat satu 'assist' ketika belasah Alaves. Ianya merupakan 'assist' ke-21 Messi musim ini sekaligus memecahkan rekod bekas rakan sepasukannya, Xavi dengan 20 'assist' sebelum ini. Haa, kawan-kawan punya rekod jugak yang Messi pecahkan ni.

Dah boleh dah kita panggil Messi ni 'Pakar Pecah Rekod'. Habis semua rekod dia pecahkan. Kan?

Oleh : Karami Kamel

 

ARTIKEL BERKAITAN