Tak Mampu Sewa Rumah, Keluarga Ini Tidur Di Gerai Makan

Sepasang suami isteri bersama tujuh anak mereka di Indonesia terpaksa tidur di gerai makan yang diusahakan mereka kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

tak mampu sewa rumah, keluarga ini tidur di gerai makan

Difahamkan bahawa pasangan tersebut mempunyai 13 orang anak.

Tetapi, hanya tujuh orang yang tidur di gerai tersebut sementara enam yang lain sudah bekerja dan tidur di tempat kerja masing-masing.

Sebelum ini, keluarga tersebut sering berpindah dari satu tempat ke tempat lain kerana tidak mempunyai tempat tinggal tetap.

Keadaan tersebut membuatkan sang isteri, iaitu Wiwin, dan suaminya menangis memikirkan nasib tujukh anak mereka.

Wiwin mengaku bahawa dia telah berusaha sehabis mungkin untuk meminta masa bagi melunaskan tunggakan sewa yang dinaikkan namun penyewa enggan bekerjasama.

“Ada tujuh anak dan suami saya yang tidur dengan saya, jadi ada sembilan orang.

“Yang lain bekerja dan tidur di tempat kerja mereka, hanya ketika mereka makan di sini,” jelasnya.

Bagi menanggung keluarga mereka, suami Wiwin bekerja sebagai penjual makanan di sebuah gerai yang terletak di hadapan sekolah.

“Rancangannya adalah untuk mencari rumah tumpangan baru untuk anak-anak, tetapi kemudian kami masih akan tetap menjual di sini,” katanya.

Kisah sedih keluarga itu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Antaranya termasuklah pihak kerajaan yang akan menempatkan anak-anak Wiwin di rumah anak yatim sementara mereka yang sudah besar akan dihantar ke sekolah.

Bukan itu sahaja, mereka juga bakal diberikan latihan kemahiran secara percuma selain seluruh keluarga tersebut akan menerima insurans kesihatan.

 

Sumber: [1]