Tak Makan Sayur? Ini Masalah Yang Boleh Terjadi Pada Badan Korang

tak makan sayur? ini masalah yang boleh terjadi pada badan korang

Sayur merupakan makanan yang perlu ada dalam setiap diet kita. Sayur-sayur ni lah yang mengandungi nutrient yang tinggi serta berzat.

So, kalau korang tak makan sayur, ini yang boleh terjadi pada badan korang:

1. Mengundang masalah pencernaan

Sayur ni ada macam-macam nutrient dan salah satunya ialah fiber. Fiber ini lah yang membantu menghalang daripada berlaku masalah penghadaman seperti sembelit dan sebagainya. So, kalau korang ada masalah sembelit tu cuba semak balik diet korang, ada ambil sayur tak?

 

2. Berisiko untuk dapat penyakit barah

Menurut American Institute for Cancer Research (AICR), tak ada satu makanan pun yang boleh melindungi korang daripada penyakit barah. Tapi, kalau diet korang ada sayur ia dapat mengurangkan risiko untuk terkena penyakit tersebut.

 

3. Masalah berat badan

Kalau korang tak makan sayur, mesti lah korang akan makan makanan yang tak berkhasiat kan? So, benda ni lah sebenarnya menjadi masalah kepada berat badan. Kalau korang betul-betul nak kurangkan berat badan, make sure makan sayur.

 

4. Boleh dapat masalah darah tinggi

Menurut The Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH), diet dengan mengamalkan buah-buahan dan sayuran dapa menggurangkan tekanan darah. Jadi, kalau korang jenis ada masalah tekanan darah atau hypertension, amalkan sayur-sayuran dalam makanan harian.

 

Haaa! Banyak masalah yang korang boleh dapat hanya sebab tak makan sayur. Actually, banyak je sayur yang sedap-sedap dan kalau korang rasa makanan bersayur ni mahal, mungkin korang boleh cuba dengan sayur-sayur lokal. Antaranya, pucuk pegaga, ulam raja dan lain-lain lagi yang korang boleh petik je dekat mana-mana tempat.

 

Sumber: Studio Sweat On Demand