Selepas Gempa Bumi, Kini Rakyat Taiwan Dijangka Berdepan Gegaran Susulan Pula

Selepas dilanda gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter, penduduk Taiwan kini terpaksa berwaspada dan berada dalam keadaan berjaga-jaga sekali lagi selepas  gegaran susulan dilaporkan mungkin berlaku.

selepas gempa bumi, kini rakyat taiwan dijangka berdepan gegaran susulan pula

Menurut Presiden Tsai Ing Wen, beliau telah meletakkan Pusat Operasi Kecemasan Pusat pada tahap berjaga-jaga tertinggi.

Terdahulu, Taiwan dilanda gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter sehingga menyebabkan kerosakan meluas terhadap infrastruktur, bangunan dan kenderaan di Hualien dan Taitung.

Menurut Pusat Tindak Balas Bencana Daerah Hualien, gempa bumi itu mengakibatkan jambatan Gaoliao dan Luntien di kawasan itu runtuh dan Jambatan Yuli turut mengalami kerosakan.

 

Sumber: Sinar Harian