Kajian Dapati Otak Manusia Makin Mengecil, Punca Sebab Makanan!

Seorang pakar di Britain mendapati tahap kecerdasan otak (IQ) manusia kini semakin berkurang sejak 50 tahun lalu.

kajian dapati otak manusia makin mengecil, punca sebab makanan!

Menurut Profesor Michael Crawford, saiz otak manusia juga semakin mengecil disebabkan oleh pengaruh daripada diet pemakanan yang tidak seimbang.

 

Beliau yang juga Pengarah Institut Kimia Otak dan Pemakanan Manusia Britain berkata penurunan kadar IQ boleh membawa malapetaka kepada umat manusia.

 

“IQ manusia telah berkurang sejak 1970 dan ia bukan sesuatu yang lucu kerana jika berterusan, ia berisiko membawa malapetaka besar-besaran.

“Penyebab kepada keadaan ini adalah kepentingan zat makanan yang tidak diberi perhatian,” katanya.

 

Jika dibandingkan saiz otak manusia moden secara purata kini ia mengecil sekitar 17 peratus berbanding organ ketika zaman nenek moyak dahulu.

kajian dapati otak manusia makin mengecil, punca sebab makanan!

Penurunan IQ dan saiz otak manusia ini terjadi juga disebabkan kegagalan manusia untuk makan minyak ikan yang mencukupi, demikian menurut beliau.

 

Lebih menyokong kajian, satu kajian berskala besar dijalankan di Indonesia mendapati hampir dua juta kanak-kanak mengalami masalah perkembangan mental namun keadaan itu tidak berlaku di perkampungan nelayan.

 

Katanya lagi, wanita perlu mengekalkan diet marin yang kaya dengan Omega-3 seperti ikan tuna, ikan parang, sardin, kembung dan bilis bagi membantu perkembangan tumbesaran otak bayi menerusi susu ibu.

kajian dapati otak manusia makin mengecil, punca sebab makanan!

Selain baik untuk otak, Omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan serta mampu mencegah beberapa jenis kanser.

 

Sumber: Kosmo!