Taburan Hujan Tinggi Di Terengganu Khuatir Akan Menyebabkan Banjir Luar Biasa

Taburan hujan tinggi yang bertembung dengan fenomena air pasang di Terengganu dikhuatiri akan menyumbang kepada banjir luar biasa terutamanya di kawasan rendah.

taburan hujan tinggi di terengganu khuatir akan menyebabkan banjir luar biasa

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Hanafiah Mat, semua pihak telah bersiap sedia bersama kekuatan anggota dan pegawai serta aset masing-masing bagi menghadapi bencana alam tersebut dan lebih 500 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bersedia diaktifkan pada bila-bila masa bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

“Di peringkat agensi kerajaan semua peralatan telah pun bersiap siaga bagi mengalihkan mangsa yang terlibat dengan air pasang besar ini.

“Air pasang besar ini pun tidak lama, dalam masa dua tiga jam ia akan surut kembali. Cuma kita bimbang ketika berlaku pasang besar, hujan lebat turun, air daripada hulu itu akan berlaku pertembungan air menyebabkan berlaku banjir besar,” jelasnya.

Tambahnya, kawasan rendah di seluruh negeri itu berisiko dilanda banjir tetapi bergantung pada tahap cuaca dan taburan hujan di kawasan terbabit.

 

Sumber: [1]