Kutipan Derma Kilat Bagi Membantu Kos Rawatan Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal kini masih lagi dirawat di ICU sejak seminggu yang lalu. 

Menerusi perkongsian pelakon Ungku Ismail di laman akaun Instagram miliknya, tabung kecemasan bagi Nad Zainal telah di lancarkan bagi meringankan beban untuk membayar kos rawatan pakar. 

kutipan derma kilat bagi membantu kos rawatan nad zainal

“Tabung Kecemasan ini adalah insiatif rakan rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan medikalnya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya. 

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama sama berganding bahu untuk bantu bersama.

 

“Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post ini agar lebih ramai dapat turut membantu.

“Kepada sesiapa yang menggunakan CDM, boleh email kami resit: info@assiddiqaid.com

“Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Echa selaku PA Nad Zainal di 012-3458623”, tulis kapsyen Ungku Ismail. 

Sumber: Instagram @ungkuismailaziz